Ringkasan Selendang Delima

Seorang dewa kayangan bernama Dewa Laksana telah diperintahkan oleh ayah & bonda nya untuk turun ke dunia untuk membunuh seekor burung garuda yg telah memusnahkan sebuah negeri. Setibanya dia di negeri itu, dia telah jatuh cinta dengan seorang puteri raja, lalu menggunakan kesaktiannya untuk mengahwini puteri itu. Beberapa tahun kemudian, Dewa dan puteri itu telah disumpah menjadi batu oleh ayah Dewa itu kerana tidak melakukan tugas yg diperintahkan. Kerana Dewa itu mengetahui akan hukuman yg akan menimpanya & isterinya kelak, dia telah meninggalkan seorang anak perempuan bernama Selendang Delima, yang dibawah jagaan abang puteri itu, Tengku Bangsegara. Hanya anak itu sajalah yang dapat menyelamatkan kedua ibu bapanya dari sumpahan tersebut.